Belanja Mainan Untuk Adik..yay!

Followers

Friday, December 14, 2012

Adik dah ada beg sekolah beroda!

Tadaa..


Ini nama ae beg sekolah. Tapi adik belum skolah lagi.
Adik sempat pau ummy kat GM Klang.
(sblm ni saya dh survey harga kat mall lain..paling murah pun 69++, semput..)

Tup2 kat GM jumpa pulak beg ni, okeyla, 49 hengget. Kebetulan abah baru kasi elaun sket. Apalagik..hihihi

Memula tuh dia sibuk isi buku2, alatulis, dan sedikit mainan. Nak buat main kat sekolah bila boring nanti.
(bilamasanya ko sekolah mek?)

Sekarang ni nampak gayanya tinggal majalah Aulad 1 dgn coloring book princess 1. Yang lenlain haruslah sepah sana-sini.
(semangat taik ayam, memula beli aje beriya simpan beg)

Sekarang ni, beg dia dh buat jadi kuda dia dah..terjatuh tertumus, sakit bontot..HaHaHa..padan muka!

Tapi dia menjawab: Biarlah..kan yang sakit bontot adik, ummy sibuk kenapa?
(sakit sambil lepas geram marah balik kat orang pulak..hEhEhE)

Sakit lerrtu.. :P

Beg dah lama beli, saja nk citer sbb ada budak tu sakit bontot sbb kuda2kan beg skolah dia sangat..HaHaHA

Tuesday, December 4, 2012

Adik & water color! Yuuhuu...

Adik dgn gaya pro, lapik suratkhabar sudah sekerat basah..sudahnya satu ruang xnampak roper..hahaha






Tak tahu nak kasi nama apa..hahaha...

Friday, November 30, 2012

Adik sudah ada 'KAMU'

Anak ummy kini sudah ada 'kamu'.



Ye, 'kamu' baru saja dia kenal tapi hampir setiap hari datang dating belakang rumah.

Ajak makan, minum, sembang2...

Amboyy...amboyy.. amboy...

Bila dengar 'kamu' panggil...laju aje dia buka pintu..serta merta excited. Segar. Padahal baru bangun tido.

Cuba kalau ummy yg panggil..adik buat dono ajer..hampeh.

'Kamu' tu pun satu, muka nampak aje mcm gengster, tapi gentleman pulak..hehehe..

lucu bila tgk 'kamu' buat muka comel..xsesuwei sangat, tapi ok lah..comel lah jugak kot..hihihi..

alamak..

kan ummy pun dah ter'suka' jugak dgn 'kamu' adik.

'Kamu'

sila datang tiap2 hari pun takpe. Ummy xkisah, ummy xmarah pun..

tapi sila jgn masuk dalam rumah..

Friday, November 9, 2012

Lirik lagu Untuk Dia - SleeQ Ft Najwa



[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-untuk-dia-sleeq-ft-najwa.html#ixzz2BiLkl6pV

Saturday, August 4, 2012

Adik nak jadi besar macam ummy..

I was just coming out from the shower. Drying up my hair, while she was sitting calmly on my dresser stool.
Still looking at the mirror, slowly, smoothly applying talcum powder from her left palm, using her right fingers...
Just the way I used to apply my moisturiser!

Adik: Ummy, adik rasa pipi adik dah makin lembut la..haritu adik guna sabun campur dua buat sabun badan satu, buat sabun muka satu..ni pipi adik dah jadi lembut aje...

She's telling me she's using the shower gel to cleans her face...?....

Ummy: Buat ape? adik cuci muka? adik bukannya da jerawat macam ummy, nnti rosak muka adik. Nanti naik jerawat....

Adik: Ala..adik nk jadi besar macam ummy..nak ada jerawat...ala...

Oh, she's really really my daughter? She's not even 4 yet?

She's still powdering her face, neatly, camly, smoothly and gently...oh....

I even relize she's alreading done wearing her own tee & trousers? She never did that..lazy..but not today..oh..ok..she's growing up...

How wonderful Allah make us growing..just in front of my two eyes..I'm witnessing my lil' baby daughter growing up wonderfully...my baby girl...

Monday, July 30, 2012

Kucing adik

Gambar ni adik ambik sendiri.


Ini gambar kucing duduk atas kerusi tido dalam bekas mainan ledi (lego) adik.
Sebab dio takdok tempat nak tido, dia tidolah situ.


~hahaha..hanya kucing ni saja yang termampu kami bela..second cat already, yg first warna putih, dah tuko kaler kelabu hasap dan dah rosak. Yg ni baru beli, baru ganti bateri sekali..real cat make me sneeze badly. Turn me to asthma a.s.a.p...

Kek Besday+Raya Adik..


Tadaa...nilah gambar sampel kek kombo birthday + raya adik tahun ni..
Kombo juga sbb tokma, tokwe, danish, betty pun sambut birthday raya juga..sebab poso..
Nanti adik bagi testimoni ye?...yah hu hu..

Sunday, July 15, 2012

Adik Suka Durian


Abah: Adik nk durian?
Adik: Tak nak.

(matanya setia menghadap wonderpets)

Ummy: rugilah adik..durian besh ni..besar..monster...

Serta-merta terjongol mukanya kat meja..hehehe...
So, durian sebesar penumbuk seulas siap digengaman sesudah berpuas hati melihat warnanya kuning kunyit, bau wangi, dan rasa sampel dari tangan abah..dia lantas kembali menatap wonderpets berteman durian ditangan.

brok brek brok brek..ummy dgn abah bersembang....nk semailah durian nih, sebijik 40 heennggeeettt tu..sek sok jadi jutawan durian kita, hehehe..angan2...

siap mengopek balen yg tak habis, simpan dalam tapowe, buh dalam peti sejuk, esok sambung makan balik. adala balen 2 ulas, bahagian ummy nk mkn mlm karang, lepas buka puasa...tiba-tiba....

Si kecik datang membawa biji durian seulas tadi yg sudah beres..hehehe

Abah: Ha, sedap tak?
Adik: Sedap, nak lagi...
Abah: Tak boleh. Panas makan banyak2, nnti muntah. Esok pulak ye, nnti minta dekat Ummy esok, Ummy simpan..
Adik: Ala..adik nk lagi...
Ummy: Esok.
Adik: Yelah.

Ummy dgn abah sambung borak.. Tiba-tiba...lagi sekali

Ummy: eh, eh...adik nk bawak pegi mana tu?

Si kecik melenggang selamba sambil menatang mangkuk berisi 2 ulas durian bahagian Ummy

Adik: Nak makan la...
Ummy: Amboi2....

Si kecik sengeh saja...
Abahnya pun gelak2..minat jugak si kecik ni dgn durian..nk yg bagus2 aje..

Oh, sepanjang hari kebelakangan ni, rumah kami berharuan itu saja..huhuhuhu....

Sunday, May 20, 2012

Kek birthday adik..


Credit image: http://www.vasaiflowers.com

Inilah kek pilihan adik untuk majlis harijadi yang akan datang. Kek black forest. Plus 2 bijik laptop, 1 untuk adik, satu untuk Batrisyia. Adik punya gambar kambing, Batrisyia punya gambar badak sumbu...

Yelah dik, insyaAllah ummy akan usahakan...

Wednesday, May 16, 2012

Surat untuk Cik Na

Cikna, cikna sangat2 sayang kat adik. Cikna, adik sayang kat cikna sebab cikna sayang kat adik. Okey dah, adik nak tengok ikan.

Tuesday, May 15, 2012

Cerita pasal kuda




Ceritanya macam tu kan. Pastu dia tak makan lagi. Pastu dia laparla nanti, dia jalan-jalan dia beli keju nanti. Nanti dia boleh makan keju dengan carrot. Kuda tu akan letih jalan-jalan lepas tu dia beli kerusi lepas tu dia boleh duduk la atas kerusi. Habis ceritanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...